fbpx

Akibat Video Pengganas, Nora Danish Takut Keluar Rumah

Terkesan dengan penggunaan gambar wajahnya oleh pengganas Malaysia di dalam video , Nora Danish mengakui kejadian tersebut membuatkannya berasa takut untuk keluar rumah dan lebih banyak meluangkan masa di rumah.

BACA: Pengganas Malaysia Pegang Gambar Nora Danish Dalam Video Ugutan

Nora berkata, sejak kejadian itu dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah sekiranya tiada sebarang urusan penting dan hanya akan keluar ditemani oleh ahli keluarga atau pun teman rapatnya.

“Kes itu memang menakutkan sehingga saya berasa takut untuk keluar rumah dan sekiranya perlu berbuat demikian saya akan pastikan ada orang menemani saya”

“Atas sebab itu juga saya buat laporan polis tempoh hari kerana bimbangkan keselamatan diri saya,” katanya.

Berikutan perkara tersebut, dia sentiasa mengikuti perkembangan kes berkenaan dan berasa lega apabila mendapat tahu pihak berkuasa melakukan penahanan terhadap beberapa individu berhubung penyebaran video tersebut.

“Paling penting saya sudah membuat laporan polis dan setakat ini tiada perkembangan baharu yang saya dengar melainkan ada membaca laporan pihak berkuasa ada menahan beberapa individu yang dipercayai menyebarkan video berkenaan di internet.

“Selebihnya saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan memandangkan ia bukan satu isu yang kecil,” ujarnya. (rtky/syfq)