Shahrol Shiro Minta Stesen Radio Profesional, Komen Ajak Jadi Perhatian Ramai
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai mengenai kenyataan Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin yang berasa terkilan dengan tindakan bekas penyampainya, Fizi Ali yang berhijrah ke stesen lain pada saat akhir.
Bagaimanapun, Fizi mengakui kesilapannya membuat keputusan meninggalkan Suria FM secara mengejut serta sudah pun memohon maaf.
BACA: Berhijrah Bukan Sebab Duit, Fizi Ali Mengaku Silap Tinggalkan Suria FM Secara Mengejut
Isu tersebut turut mendapat perhatian bekas penyampai radio Suria FM, Shahrol Shiro yang berpendapat tindakan stesen radio berkenaan sebagai tidak profesional kerana kenyataan itu seakan memburukkan bekas penyampai.
View this post on Instagram
“Dulu saya, sekarang sahabat lama saya Fizi Ali pula. Selepas isu yang terjadi antara kita suatu masa dahulu, saya ingat stesen radio kamu akan lebih profesional dan menghargai penyampai yang yang pernah bertugas menabur bakti di sana, rupanya masih sama.
“Datang dan pergi penyampai di sesebuah stesen radio itu lumrah, sama seperti pasukan bola sepak tetapi saya melihat apabila penyampai di stesen lain mengambil keputusan keluar atau dikeluarkan, pihak pengurusan stesen radio tidak pula mengeluarkan kenyataan negatif penyampai itu,” katanya.
Menurut Shahrol lagi, tindakan Fizi itu adalah keputusan yang tepat apatah lagi tempat barunya itu menduduki ranking yang lebih baik berbanding tempat lama.
Perkongsian Shahrol itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk sahabatnya, Ajak Shiro yang dilihat meninggalkan komen.
Ajak turut mempersoalkan tindakan Shahrol yang mengeluarkan kenyataan sedemikian serta meminta supaya sahabatnya membuat sesuatu yang lebih berkualiti dan bukannya melaga-lagakan mana-mana pihak.
Komen Ajak itu dibalas oleh Shahrol yang menafikan dia mahukan ‘spotlight’. Jelasnya, dia bersuara kerana tidak mahu orang lain ditindas sama sepertinya dahulu.
Kata Shahrol lagi, tindakan dia berundur dari stesen radio tersebut sedikit sebanyak memberi rezeki buat sahabatnya itu. Menurut Shahrol lagi, jika Ajak ditindas dia akan bangkit serta mempertahankan sahabatnya itu.
Seperti sudah dijangka, tindakan kedua mereka itu berbalas komen membuatkan netizen tertanya-tanya mengenai hubungan mereka serta berharap semuanya baik-baik sahaja.
Adik beradik pun gaduh putus. Apelaaah sgt kwn yg kejar periuk nasi yg sama! Fizi ali ni myusahkan org jadi gaduh psl luuu
sahrol niii,semua benda nk ulas ke walaupun BUKAN hal dia.. dia cam,tibeh
aceceh… dia pulak sibuk.. yela nak tunjuk nnt dia jd YB dia akan “Bangkit” utk rakyat.. acah lebih
Lately ni dia byk bersuara. Ala Fizi Ali aje pun,spesis problematic kan, berbaloi ke nak gaduh pasal dia.
Aku paling tak bleh blah cara dia flirt dgn pompuan yg skandal dgn semua jantan retis dulu kt Suria fm..apoo betina bodoh gitu dijemput utk ape??
kelakorrr aku nengok sishahrol nie skrang! Sejak 2 menjak join politaikkk.. Acah² gudd ajer nko bhai!! Tk tak yah nk nunjuk Hero sngt!?! Sebu doh aku nengok
ni set2 Zed Zaidi..x de job..pastu sibuk hal orang..acah2 macam brani tp penjilat..last2 rebut jawatan seniman.