fbpx

Baru-baru ini perkongsian penyanyi Nourul Depp mencetuskan tanda tanya apabila berkongsikan pengalaman melahirkan anak sulungnya, Ayu Nazirah 25 tahun lalu.

Menerusi entri tersebut, Nourul berkongsikan tidak mudah menjadi seorang ibu apatah lagi dijui dengan bermacam-macam perasaan serta menitipkan pesanan agar tidak menyakiti hati mereka yang telah berkorban.

BACA: Jumpa Di Australia, Nourul Ternganga Dengar Kisah Sajat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

“25 tahun yang lalu hari ini (10 September), dah di hospital. Pagi-pagi tak ada sakit, tapi ada ‘tanda’. Ya. Kami pernah melahirkan satu baby perempuan 25 tahun yang lalu. Tapi tanggal 11 September, jam 1.56 tengahari. Usai solat Jumaat.

“Dia tak tahu. Kerana melahirkan dia itu satu kegembiraan dan kebahagiaan. Sakit itu langsung hilang kerana happy (gembira).

“Sekarang baru kami tahu, menjadi ibu itu tak mudah. Happy, sedih, happy, diduga, disakiti. Semua perempuan akan merasai rasa ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka yang berikan kita kehidupan dan pengorbanan,” tulisnya.

Turut menjadi perhatian apabila Nourul mengatakan wanita merujuk dirinya dalam gambar tersebut sudah ‘mati’ ketika membesarkan anak gadisnya sekaligus mencetuskan tanda tanya.

“Wanita dalam gambar ini, dah ‘mati’ semasa membesarkan anak gadisnya. She adopted a new lady to be her mother until she was 23. (Dia mengambil seorang wanita baru yang diangkat menjadi ibu ketika berumur 23 tahun),” tulisnya.

Perkongsian Nourul itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengaitkan hantaran penyanyi itu ada kaitan ‘terguris hati’ dengan anaknya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mendoakan agar semuanya dipermudahkan buat penyanyi itu serta terus kuat dan bersabar.