fbpx

Ajai Hanya Bagi Iqbal 5 Markah Di Big Stage

Pentas Big Stage 2022 membuka tirai malam tadi, namun apa yang mengejutkan ramai apabila usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli muncul sebagai peserta ke-12 program tersebut.

Menyanyikan lagu Biarlah Bulan Bicara pada konsert pertama, Iqbal diberi 5 markah sahaja oleh Ajai selaku juri tetap. Kata Ajai lagi, nyanyian Iqbal kurang memuaskan dan jika datang ke uji bakat ada kemungkinan tidak dapat.

BACA: Ahmad Iqbal Dakwa DSV Alami Gangguan Mental

“Saya bagi lima markah kerana dia bukan tone deaf. Kalau dia datang uji bakat mungkin tak dapat. Ada sesetengah orang tidak boleh menyanyi tapi orang suka. Mungkin dia adalah begitu,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Sementara itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza selaku juri tetap memberikan sebanyak 25 markah serta berharap Iqbal dapat memberikan persembahan lebih baik di minggu hadapan.

Semalam, Iqbal menduduki tangga tercorot apabila hanya menerima markah sebanyak 28.8 peratus sahaja. Bagaimanapun tiada penyingkiran dilakukan pada minggu pertama.

Difahamkan, nama Iqbal sebelum ini dirahsiakan oleh pihak Astro dan diuar-uarkan sebagai kejutan.