fbpx

Ahmad Iqbal Dakwa DSV Alami Gangguan Mental

Susulan video tular menggelar Anuar Zain gay baru-baru ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi itu.

Meskipun sudah memohon maaf namun isu tersebut terus menjadi bualan. Malah, bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkifli turut mengulas mengenai isu berkenaan.

BACA: DSV Mohon Maaf Kepada Anuar Zain

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Iqbal mendakwa bekas kekasihnya itu mempunyai masalah penyakit Narcissistic Personality Disorder (NPD) atau Gangguan Personaliti Narsistik.

Kata Iqbal lagi, Vida turut mempunyai ciri-ciri NPD dimana seseorang yang mengalami penyakit tersebut sering membuli orang lain untuk menaikkan nama.

Iqbal juga turut menyatakan beberapa lagi petanda yang ditunjukkan seseorang yang mempunyai penyakit tersebut dan mendakwa Vida juga memiliki petanda sama.

“Kalian tidak sedarkan beliau sering membuli orang untuk menaikkan nama sendiri? NPD adalah orang yang suka memanipulasi, suka menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri namun sangat mudah tersentuh jika menerima sedikit teguran,” tulisnya.

Dalam pada itu, Iqbal berkata individu yang mempunyai masalah tersebut tidak sedar dirinya sedang berbohong dan akan membuatkan mangsanya sengsara.

“Kadang orang berpenyakit ini tidak sedar dirinya sedang berbohong. Suka berfantasi dirinya paling berkuasa.

“Orang yang mengalami masalah mental ini akan membuatkan mangsa sengsara jika tidak dapat apa yang diinginkan,” katanya.