fbpx

Aishah Salahkan Monitor Telinga, Punca Nyanyian ‘Hauk’

Umum mengetahui, Ahad lalu penyanyi Datuk Aishah menjadi  peserta ketiga yang tersingkir di All Stars Gegar Vaganza (GV10).

Menerusi perkongsian di Instagram, Aishah menjelaskan sebab mengapa tidak dapat menyanyi dengan baik ketika persembahan.

BACA: “Ramai Doa Nak Tengok Saya Keluar Termakbul” 

Menurut Aishah, dia tidak biasa menggunakan alat monitor telinga atau ‘In-ear monitors. Katanya, sepanjang 38 tahun dalam industri dia lebih selesa mengunakan alat pemantau vokal (vocal monitors) yang digelar wedges, berbanding IEM.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

“Sebagai penyanyi lama, ada beberapa isu teknikal yang saya hadapi. Selama 38 tahun, saya menyanyi dengan bantuan vocal monitors (wedges).

Alat bantuan ini akan menghadap penyanyi supaya saya boleh dengar suara dan muzik. Tapi sekarang dah tak pakai ‘wedges’, digantikan dengan IEM yang disumbat dalam telinga,” katanya.

Tambahnya lagi, generasi muda sudah biasa dengan alat tersebut namun sukar baginya sebagai generasi lama untuk menyesuaikan penggunaan IEM sehingga menjejaskan mutu nyanyiannya.

“Generasi muda sudah biasa menyanyi dengan menggunakan IEM. Namun, bagi saya generasi lama agak sukar untuk menggunakannya.

Sewaktu bertanding dalam Gegar Vaganza musim keempat (GV4), peralatan wedges masih digunakan (ketika itu di PICC Putrajaya). Tapi di MBSA (GV10), tiada langsung wedges dan perlu menggunakan IEM sepenuhnya.

“Saya cuba seimbangkan bunyi dalam IEM dengan memakai sebelah ketat dan ada masa dipakai longgar. Sewaktu konsert minggu pertama, saya pakai IEM sepenuhnya dan semua orang tahu saya menyanyi dengan teruk,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata peminatnya terus memberikan kata-kata semangat serta akan terus menyokong penyanyi itu.