Pelakon yang popular melalui drama Cinta Ibadah, Aishah Ilias menyatakan dia tidak tertarik pada jejaka kacak untuk dijadikan kekasih namun apa yang diinginkannya adalah seorang lelaki dengan sifat keperibadian seorang Melayu sejati. Wujud lagikah lelaki sebegini?

“Saya belum ada lagi, tengah mencari. Entah la saya pun tak tahu kenapa. Ada juga lelaki yang bertanya dan tak percaya kalau saya beritahu saya tiada teman istimewa. Sebenarnya, saya seorang yang segan sikit dengan lelaki. Mungkin sebab dalam famili saya tiada adik beradik lelaki”


“Jadi, memang susah kalau saya nak berbual dengan lelaki. Saya bukan terlalu memilih. Lagipun saya tidak minat lelaki yang kacak sangat sebab nanti kalau ada perempuan lain pandang dia, saya takut berasa cemburu,” katanya kepada portal Malaysian Digest.

Sebelum ini Aishah pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Indonesia, Baim Wong namun dia menafikannya dan menyatakan mereka sekadar berkawan. Apa pun semoga Aishah bakal jumpa lelaki yang diidamkan. Cuba tanya Remy Ishak, mungkin? (rtky/s)