Aishah (yang popular dengan lagu Janji Manismu) tahun lepas membuat kejutan kepada peminat hiburan.

Perkenalan seminggu dengan lelaki bernama Faizal Sazali membawa Aishah kembali ke dunia rumahtangga apabila mereka bernikah di Thailand.


Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan yang pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung sejak tiga bulan yang lalu.

Menurut laporan yang sama, pasangan ini di’katakan sudah bercerai pada 19 Mei lalu dan apa yang lebih mengejutkan Aishah hanya mengetahui yang beliau di’ceraikan melalui SMS oleh Faizal Sazali.

Kami bukanlah orang yang arif bab bab agama namun sebagai lelaki, penceraian dengan medium SMS macam tidak gentleman. Mat Rempit putus cinta boleh’lah pakai SMS.

Kepada Aishah, jika perkhabaran ini benar, harap tabahkan hati insyaAllah akan ada insan yang akan datang dalam hidup merealisasikan impian untuk di’bimbing lelaki soleh.