Berang dengan komen seorang netizen yang menuduhnya akan menjual hadiah kek pemberian Datuk Seri Siti Nurhaliza ke kedai pajak gadai, penyanyi Aishah menyifatkan individu itu seolah menghinanya.
Malah, komen yang diberikan oleh individu itu agak melampau dan seperti mahu reputasi dan maruahnya, ditambah pula menggelarkannya sebagai ‘artis sendu’. Tidak hanya berdiam diri, Aishah turut mendedahkan wajah individu tersebut di Instagram miliknya sebagai pengajaran.
BACA: Aishah Hampir Pitam Nyanyi Lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’
View this post on Instagram
“Haaaa ini dia wajah orang menghina gitu sekali. Saya ni taklah singkek sangat hingga kek pemberian Tok Ti (Siti Nurhaliza) pun takut dibawa ke pajak gadai.
“Allahu,kerana pulut santan binasa. Tuan @izwanazmi this is too much already, menjatuhkan reputasi dan maruah saya,” katanya.
Dalam pada itu, Aishah turut meminta pendapat neitzen adakah patut dia bawa perkara ini ke mahkamah selain suaminya sendiri mahu bersemuka dengan individu tersebut.
“What say you? Patut ke kita seret ke mahkamah orang ini sebagai pengajaran? Kepada tuan punya badan AB Rahim ni, ada satu permintaan, suami saya nak sangat bersemuka dengan awak,” tegasnya.
Terdahulu, Aishah menerima pelbagai reaksi daripada netizen mengenai nyanyiannya sewaktu membawakan lagu Aku Bidadari Syurgamu oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza. Meskipun ramai yang memuji nyanyiannya namun, ada yang mengkritik persembahan Aishah kurang menyerlah.