“Kalau Tak Boleh Terima Kritikan, Jangan Masuk Pertandingan”
Terkilan dengan kritikan pedas terhadap persembahannya di Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang diberikan oleh Michael Ang di media sosial, penyanyi Noraniza Idris mahu bersemuka dengan pengarah itu.
Bersedia untuk bersemuka, Michael berkata bukan hanya Noraniza tetapi semua peserta turut mendapat kritikan jika persembahan tidak bagus. Katanya lagi, jika menyertai pertandingan realiti sepatutnya sudah bersedia dengan kritikan.
BACA: “Saya Nak Bersemuka Dengan Michael Ang, Apa Masalah Dia Dengan Saya?”
“Saya tak ada masalah nak jumpa tapi saya akan cakap benda sama. Dia menyanyi lagu tradisional memang bagus tapi untuk lagu genre lain. Bukan saya sorang yang komen macam itu, ramai netizen buat benda sama.
“Saya komen berdasarkan persembahan dia, kalau tak bagus, saya cakap tak bagus dan sebaliknya. Saya ada beri kritikan kepada peserta GV7 dan program realiti lain, kalau tak boleh terima jangan masuk pertandingan realiti,” katanya.
Dalam pada itu, Michael turut kesal dengan kenyataan seorang netizen yang menuduhnya memeluk Islam untuk meraih populariti. Enggan menuduh mana-mana pihak, Michael berkata jika melibatkan hal agama ianya merupakan isu sensitif.
“Saya tak mahu tuduh mana-mana pihak tapi status yang menuduh saya masuk Islam sebab nak popular itu daripada akaun Facebook dia (Noraniza). Kalau betul masuk Islam nak popular, lebih baik dari awal saya tayang video ucap kalimah syahadah,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Nenek aku cakap, jgn berumah di tepi pantai jika takot dilambung ombak. Kalo jd artis senior, aku x masuk gegarvaganza atau yg sejenisnya sebab format GGV dh mmg ada kritikan dari penal juri dan zmn media sosial ni anyone can comment.
Mmg ada sesetengah netizen yg jenis ckp lepas dan x waras, mcm kat rotikaya ni. Tapi dlm hal ni, Mike Ang x ada kutuk pun NA on personal. So dlm hal ni aku rasa MA x salah pun. Mungkin dgn komen tu boleh kita baiki kelemahan2.
Dah kalau tak boleh menyanyi udah udah le tu, tak boleh terima kritikan langsung. Lepas tu mula nak mengkapir orang. Yg lebai lebai dok rogl pompuan tu tak pulak nak kapirkan..mentaliti melayu sungguh layu
Noraniza Ideris ni dah tua dan dia me nyanyi zaman Internet belum wujud itu yg dia x bole terima kritikkan netizen. Selagi netizen x serang peribadi kau atau aibkan maruah keluarga kau x perlu nk melatah x tentu pasal. Lebih buruk lg bila kau alih topik dgn serang Michael Ang punya agama pula mmg agak keterlaluan!!!
gegarvaganza patut buat afundi masuk abam yantzen yg hensem walaupun dah lebih 5 series lol.
yantzen 6 siri le
Tak layan GV tahun ni peserta x best
Ntah per2..yg si Nyonya sibuk sgt dh knp? Juri ker? Tenaga produksi ker? Makeup artis ke? Makcik cleaner ker? Pak Guard ker? Tengok dah la..x suka dediam cukup. Mulut kak Joyah sgt. Nyamph la. Akak xminat NI tu tp x le nk kecam mcm murahan dh xder job ker?
Nak ambil vaksin ambil lah..yg xnak ambil vaksin bukan org letak pisau kt leher korang paksa ambil vaksin..bukan utk diri sendiri je tp untuk imuniti kelompok. memekak je lebih..diri sendiri xnak xpayah hasut org lain..ni virus senang berjangkit n tersebar. sebaiknya mencegah..
tapi memang NA tak berapa best, Yantzen lagi best. Bagi sis, orang nk komen, terima aje lah..ataupun buat tak tau..
Kalau fikir sangat, nanti diri sendiri yang stress.
Lagipun ni program hiburan je..bukan program hafal Al-Quran..
Korg semua kne tipu dgn drama dorg ni..gv tahun ni rating teruk..tu yg buat bnd2 sampah ni nk bg rating naik mcm tahun2 sblm ni..tahun ni trok bkn sb persembahan artis2 ni..tapi org semua stress rmi kne buang kje xde masa hadap hiburan..dh boleh stop dah bnd2 ni..fokus pulihkan negara
Noraniza tak best..tak tahu kenapa astro tak buang dia..minggu separuh akhir, langsung tak best…tapi yg last mamat clip..
Laaa…kan Ramli MS dah bagi clue yg memberi makna suara Noraniza mmg sangat sangat tak sedap…aku yg bukan juri professional pun rasa sakit telinga dgr suaranya…
Macam tu juga dgn suara Muss…ya Rabbi hauk bauk.
Bagi aku suara Rozita Izlyn 10 kali lebih sedap dan merdu…walau pun aku bukan peminatnya dan tak ada kena mengena langsung dgnnya…Suara Rozita mmg best. Kalau pilih pemenang yang bersuara hauk sakit telinga mendengarnya, maknanya juri2 yg ada tu pun jenis tak ada quality.
Dlm hal ini aku setuju dgn MA…Noraniza kau tak payah berlagak diva sangat la…
Assteruk saja pancing org supaya tenguk GV ..mesti ada yg tak tonton GV rasa curious dgn kemerduaan atau kehaukkan suara2 peserta tahun ni di final.
Bilamasa Kak noraniza idris betlagak?