fbpx

AirAsia Pilih Jenama Nur Sajat Untuk Bekerjasama?

Nama usahawan kosmetik Nur Sajat tidak perlu diperkenalkan lagi. Boleh dikatakan populariti Sajat mengalahkan selebriti, tambahan pula Sajat kini bergelar penyanyi popular apabila tampil dengan lagu terbaru ‘Bobo Di Mana’ bersama Datuk Seri Aliff Syukri dan  Lucinta Luna.

Walaupun pelbagai kontroversi melanda dirinya, ramai yang mengagumi Sajat di atas pencapaiannya sebagai usahawan yang berjaya. Bermula dengan memperkenalkan produk kecantikan, bengkung, kini Sajat mempunyai perniagaan emasnya sendiri.

BACA: “Jangan Benar Anak Tengok Video Baru Aliff Syukri”

Baru-baru ini menerusi Instagram, Sajat kongsikan bahawa syarikat penerbangan tambang murah popular iaitu AirAsia memilih produk jenamanya serta menjalin kerjasama untuk membekalkan produk bengkung kepada kru penerbangan.

Sajat turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada AirAsia di atas kepercayaan tersebut dan sangat teruja kerana produk jenamanya akan terbang ke awan biru.  Ujar Sajat lagi, produknya itu akan ddiedarkan kepada semua kru penerbangan Air Asia Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, India, Jepun dan Thailand.

Apa pun jika betul apa yang dikhabarkan itu adalah rezeki untuknya dan siapa kita untuk memperkatakan mengenai rezeki seseorang. Lebih baik jika kita mendoakan yang baik-baik daripada terus mengata atau menafikan tentang kejayaan orang lain.