“Air Mata Tak Berhenti, Allah Izinkan Masuk Liang Lahad”

Perkongsian pelakon Noorkhiriah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video babak dia melakonkan babak menjadi jenazah dan dimasukkan ke liang lahad.

Menurut Khiriah dia yang meminta untuk masuk ke dalam liang lahad di dalam babak drama Seribu Tahun serta air matanya tidak berhenti mengalir apabila dia masuk ke liang lahad.

BACA: Noorkhiriah Terima Hadiah Set Kain Kafan Dari Suami Sempena Hari Jadi Ke-47

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @khiriah17

“Saat-saat memasukkan diri ke liang lahad. Akak yang minta pada pengarah, Shahrulezad Mohameddin untuk masuk liang lahad kemudian akak lupa. Nervous dan kemudian blur. Sampai di kubur, akak stuck. Air mata tak berhenti. Ya ALLAH.

“Pesan akak satu sahaja, jangan tinggal solat waima kita ni jahat macam mana sekalipun. Jika ada rasa sayang dengan diri sendiri,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Khiriah menyifatkan peluang melakonkan babak berkenaan adalah saat yang cukup berharga apatah lagi penggambaran itu dilakukan dua hari sebelum ulang tahun kelahirannya.

“Terima kasih ALLAH atas hadiah yang cukup besar. Pada 9 April 2025, dua hari sebelum ulang tahun kelahiran ALLAH izinkan akak masuk liang lahad.

“Kemudian pada hari birthday pula suami hadiahkan kain kafan. Dosa banyak sampai ALLAH bagi nikmat ini. Momen ini mahal,” titip Khiriah.

×