fbpx

Ainul Aishah Tak Mahu Nikah Di Pejabat Agama

Berdepan kesukaran untuk merancang majlis perkahwinannya ketika musim Covid-19, pelakon Ainul Aishah mengakui ada pihak yang menyarankan melakukan perkara wajib terlebih dahulu iaitu nikah.

Bagaimanapun, Ainul tetap mahu mengadakan hari bersejarahnya itu bersama keluarga dan rakan-rakan, bukan sekadar nikah di pejabat agama atau nikah online.

BACA: Ainul Aishah Terima Hakikat Tak Laku Kerana Dah Tua

 

View this post on Instagram

 

A post shared by A I N U L . A ? (@ainulaishah)

“Ada yang cadangkan saya nikah dulu tanpa majlis kerana yang penting sudah bernikah tetapi mereka tak memahami saya sebagai pengantin. Saya mahu menjadi diri saya sendiri.

“Sebagai insan sentimental saya sangat menghargai setiap momen. Saya cuma mahukan majlis resepsi ringkas bersama keluarga terdekat dan kawan rapat untuk meraikan hari bermakna ini.

“Bukan di pejabat agama tanpa resepsi atau insan penting di sisi saya. Kalau itulah yang terjadi, hari pernikahan bakal menjadi hari paling menyedihkan dalam hidup saya,” katanya.

Ainul juga meminta supaya jangan memaksanya untuk segerakan pernikahan kerana baginya majlis perkahwinan adalah kenangan paling penting dalam hidupnya.

“Ini bukan kenangan untuk mereka, ini memori dan kehidupan saya. Tolong jangan paksa. Saya takkan dengan sesiapa pun mengenai hari penting saya itu.

“Saya boleh menunggu hingga detik itu sampai. Anda semua boleh bagi macam-macam nasihat tetapi saya hanya akan tunjuk muka,” katanya lagi.

Difahamkan, Ainul merancang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Redzuan menjelang akhir tahun ini selepas bertunang pada 27 Mac lalu.