fbpx

Ainul Aishah Terima Hakikat Tak Laku Kerana Dah Tua

Sudah lama rasanya kita tidak melihat pelakon Ainul Aishah muncul di kaca televisyen. Meskipun pahit untuk ditelan, Ainul mengakui kurang mendapat tawaran sejak kebelakangan ini kerana faktor usia.

Menurut Ainul, usianya kini mencecah 35 tahun, persaingan dalam industri hiburan semakin sengit apabila ramai pendatang baru yang lebih muda. Ujarnya lagi, ada saja tawaran diterimanya namun tidak banyak.

BACA: Tiada Belahan Buah Dada, Ainul Aishah Ditegur

“Saya akui sudah agak lama juga saya menyepi tapi sebenarnya ada saja tawaran berlakon diberikan kepada saya cuma tak banyak.

“Tak dinafikan tawaran berlakon itu juga agak susah nak dapat kerana apabila kita semakin berumur, persaingan semakin banyak terutama bila ramai pelakon muda yang ada sekarang. Ia lumrah dalam industri,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ainul menegaskan dia tidak akan sesekali meninggalkan dunia lakonan kerana itu merupakan minatnya sejak kecil lagi. Tambahnya lagi, dia percaya bahawa ada rezeki untuknya dalam bidang lakonan.