fbpx

Ainan Tasneem Jawab Isu Teman Lelaki & Nafi Tiru Imej Najwa Latif

Kecoh juga minggu lalu apabila sebuah blog hiburan menulis tentang perihal Ainan Tasneem yang di’katakan asyik berkepit dengan teman lelaki di kampus. Remaja ‘kan?

Ainan Tasneem yang kini sedang menuntut di tahun dua dalam bidang kejuruteraaan bioprocess mengakui yang dirinya kini memiliki teman lelaki dan tidak lagi mahu menyorok.

Penyanyi remaja ini juga berkata yang sebenarnya beliau sendiri risau dengan hubungan ini lebih lebih lagi kini banyak mata yang memandang semenjak beliau bergelar selebriti.

Lagu ciptaan & nyanyian Ainan Tasneem, Aku Suka Dia berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik ke 27 & ada peminat mula menbandingkan dirinya dengan Najwa Latif.

“Saya tiada persamaaan dengan Najwa (Latif). Muzik saya lebih kepada balada & saya yakin peminat akan lebih mengenali imej saya selepas Muzik Muzik ini,” jelas beliau lagi.