fbpx

“Aina Abdul Antara Penyanyi Terbaik Yang Dilahirkan Di Malaysia”

Penyanyi Misha Omar mengakui nyanyiannya tidak begitu sempurna jika dibandingkan dengan penyanyi lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aina Abdul, Ernie Zakri dan Marsha Milan.

Menerusi sesi live di TikTok baru-baru ini, Misha berkata Misha turut mengakui penyanyi-penyanyi tersebut antara yang ‘tersusun’ dengan betul ketika menyanyi.

BACA: Terlebih Mesra Dengan Misha Omar, Naqiu Minta Maaf

“Nyanyian saya tidak pernah tepat dan sempurna, terutama sewaktu tidak sihat. Kalau nak cari ‘pitch’ yang tepat, penyanyi seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aina Abdul, Ernie Zakri dan Marsha Milan.

“Mereka adalah antara penyanyi yang ‘tersusun’ dengan betul ketika menyanyi. Kalau saya guru vokal, saya bagi mereka markah A+,” katanya.

Diminta mengulas mengenai kemenangan Aina Abdul dalam vokal terbaik di AJL38 baru-baru ini, Misha mengakui Aina merupakan penyanyi yang bagus dan antara yang terbaik dilahirkan di Malaysia.

“Kalau juri dah bagi (kemenangan), maksudnya dia memang layak. Aina merupakan seorang penyanyi yang bagus dan antara penyanyi terbaik yang dilahirkan di Malaysia,” katanya.