fbpx

Ain Edruce Tak Nak Tahu Jantina Anak

Sebelum ini sering dihujani dengan soalan cahaya mata daripada media dan juga sanak saudara, tahun 2020 merupakan tahun paling membahagiakan buat pelakon dan pengacara Ain Edruce apabila disahkan hamil anak sulung.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Usia kandungan kini sudah mencecah empat bulan, Ain berkata dia kini tidak boleh terlalu aktif dan menjaga kandungan sebaik mungkin. Ujarnya, suaminya juga turut mengingatkannya supaya berhati-hati.

BACA: Ain Edruce Sahkan Hamil Anak Pertama

“Bagaimanapun, alhamdulillah sekarang saya mengandung dan usia kehamilan juga sudah mencecah empat bulan. Kini, saya tidak boleh terlalu aktif bekerja dan kena menjaga kandungan sebaik mungkin.

“Suami juga selalu ingatkan saya supaya berhati-hati, tak boleh sibuk sangat dan menjaga pemakanan harian kerana bayi memerlukan nutrisi terbaik untuk perkembangannya.

“Saya juga banyak mendapat maklumat mengenai penjagaan kehamilan. Apapun sebagai bakal ibu, saya teruja nak menimang cahaya mata ini sendiri,” katanya.

Meskipun tahun ini ramai yang terjejas susulan pandemik COVID-19, namun Ain berkata ia rezeki terindahnya untuk tahun ini dan berterima kasih di atas segala doa oleh peminat.

Dalam pada itu, Ain berkata buat masa ini dia dan suami enggan mengetahui mengenai jantina bayi. Katanya, mereka terima dengan hati terbuka sama ada anak lelaki atau perempuan.