fbpx

Ain Edruce Ditegur Baru 5 Hari Bersalin Dah Pakai Seluar

Baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 20 Mei lalu, perkongsian foto ‘ootd’ Ain Edruce mengundang kritikan netizen yang menganggap pelakon dan pengacara itu melanggar pantang.

Difahamkan, Ain membawa anaknya itu untuk melakukan pemeriksaan di hospital. Namun, apa yang menjadi bualan apabila Ain dilihat memakai seluar jeans dalam tempoh berpantang.

BACA: Ain Edruce Timang Anak Perempuan, Tak Sangka Sudah Bergelar Ibu

Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan tindakan Ain seolah-olah tidak menjaga pantang dengan betul. Malah, ada yang menasihati pelakon itu supaya menjaga tubuh badan memandangkan dia baru saja bersalin.

Menurut Ain, dia masih berpantang seperti biasa namun lebih selesa memakai seluar untuk memudahkan dia bergerak. Kata Ain lagi, seluar yang dipakainya itu longgar.

“Saya tahu ada yang bising pasal seluar saya la, tak elok pakai seluar waktu pantang la. Takkan saya nak pakai kain batik pergi hospital.

“Lagipun, seluar saya pakai itu longgar. Ikutkan hati nak saja balas semua komen-komen itu tapi saya terpaksa tahan diri sebab takkan semua benda nak tulis dekat kapsyen.

“Saya masih berpantang seperti wanita lain, siap ada orang jaga saya lagi. Cuma saya bawa baby pergi check up saja pakai seluar kerana lebih selesa bila jalan,” katanya.

Terdahulu, Ain selamat melahirkan bayi perempuan pada 20 Mei lalu selepas berbelas jam di bilik bersalin. Ain mendirikan rumah tangga dengan Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019.