fbpx

Aiman Tino Beli Nombor Plat RM40,000

Biarpun masih baru dalam industri tapi dengan rezeki yang dilimpahkan, Aiman Tino telah berjaya membida nombor plat kereta A1M yang dikeluarkan oleh Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) bernilai RM40,000.

BACA: Aiman Tino Diiktiraf Dalam Malaysia Book Of Records

“Alhamdulillah, saya anggap pembelian plat kereta ini sebagai hadiah untuk diri sendiri selepas penat bekerja. Walaupun harganya agak mahal, namun saya berasakan ia berbaloi untuk simpanan peribadi”

“Saya akan gunakan plat ini untuk kereta saya sendiri namun setakat ini, saya masih belum memutuskan untuk membeli kereta apa. Jika diikutkan kereta idaman, saya amat menggemari jenama Volkswagen,” katanya kepada Kosmo.

Menurut Aiman, mengapa beliau tertarik untuk berhabis duit untuk memiliki nombor plat itu kerana jika dibaca dengan sekali imbas, ianya seakan menyebut namanya membuatkan beliau cuba untuk membida plat itu tahun lepas.

Biarpun agak mahal untuk seorang artis baru meningkat naik menghabiskan duit, namun jika ianya dijadikan hadiah untuk diri sendiri selepas bekerja keras selama ini rasanya tidak salah. Tahniah Aiman, semoga terus sukses di masa depan. (rtky/w)