fbpx

Aiman Tino Diiktiraf Dalam Malaysia Book Of Records

Penyanyi yang baru meningkat naik, Aiman Tino nampaknya mencipta sejarah tersendiri apabila lagu nyanyiannya, Ku Rela Dibenci tersenarai dalam Malaysia Book Of Records. Terkejut dengan penghargaan itu, Aiman tidak percaya lagunya itu mendapat tontonan tertinggi di Youtube.

BACA: Aiman Tino Bakal Tunaikan Umrah

“Tak sangka dan terkejut apabila dimaklumkan lagu tersebut tersenarai sebagai lagu paling banyak tontonan. Lagu itu sendiri sangat bermakna dalam hidup saya kerana di situlah bermulanya karier saya sebagai penyanyi”

“Saya ingin berterima kasih kepada penonton di seluruh dunia yang telah menonton muzik video tersebut di Youtube. Walaupun awalnya dulu ada yang mengecam lagu Ku Rela Dibenci, saya tak boleh nafikan mereka turut menyumbangkan kepada jumlah tontonan,” katanya kepada m Star Online.

Selain itu, Aiman memaklumkan majlis penyerahan sijil penghargaan itu akan diadakan di sebuah hotel pada 16 Januari nanti. Setakat ini lagu ciptaan kedua ibu bapanya itu mendapat lebih 43 juta tontonan di Youtube.

Biarpun ada yang mengecam lagu Aiman dan menganggap penyanyi muda sepertinya tidak mempunyai bakat yang sebenar, tapi kini Aiman telah membuktikan kebolehnnya menerusi kejayaan lagu ini. Tahniah diucapkan! (rtky/w)