fbpx

Aiman Hakim Umum Zahirah MacWilson Hamil Anak Kedua

Pasangan selebriti popular, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson berkongsikan mereka bakal menimang cahaya mata kedua pada tahun hadapan.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Aiman di Instagram miliknya malam tadi serta meluahkan rasa syukur di atas rezeki cahaya mata itu.

BACA: Aiman Hakim Tak Kisah Isteri Berlakon Babak Mesra

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aiman Hakim Ridza (@aimanhakimridza)

Sementara itu, Aiman berkata dia tidak sabar untuk menanti tahun 2024 bagi menyambut kelahiran anak kedua mereka itu.

Menerusi perkongsian itu, Aiman turut memuat naik gambar pemeriksaan ultra bunyi kandungan isterinya namun tidak berkongsikan usia kandungan anak keduanya itu.

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Isaac Raees kini berusia dua tahun.