Aiman Hakim Luah Perasaan Terhadap Mutu Drama Melayu
Mungkin kerana sudah terlalu lali membawa watak yang hampir sama, Aiman Hakim melalui Utusan Malaysia semalam mengakui bahawa dia juga penat dari segi mental kerana membawakan watak yang hampir sama malah turut melemahkan motivasinya sebagai pelakon.
BACA: Aiman Hakim Rancang Nikahi Nur Fathia Dalam Masa Terdekat
“Penat dari segi mental. Apabila dapat skrip yang hampir sama, motivasi sebagai seorang pelakon jadi lemah sebab kita tahu yang kita akan buat benda yang sama sampaikan dialog juga sudah boleh diramal. Balik-balik cerita sama,” katanya.
Selain turut mengakui peluangnya untuk mendapat skrip yang lebih baik agak terhad, dia terpaksa menerima keadaan itu dan mengalihkan pandangan penonton menerusi cara lakonan di layar televisyen selain menyifatkan kualiti adalah lebih pentuing daripada kuantiti.
“Saya tak mahu skrip yang ada bersepah-sepah dalam pasaran tapi cerita benda yang sama, asyik fokus kahwin, kahwin, kahwin! Umpama memperlihatkan yang orang Melayu ini tak fikir fasal hal lain selain kahwin. Padahal banyak lagi isu yang boleh diangkat untuk dijadikan sebuah drama yang bagus,” katanya.
Dalam masa yang sama, kekasih kepada Fathia Latiff ini juga pernah menghasilkan skrip namun tidak diterima kerana tidak sesuai untuk dijual bagi memenuhi kehendak penonton. Aiman akui dia perlu tampil membawa watak yang sama dengan cara yang lebih segar bagi mengelakkan penonton bosan. (rtky/s)
dh itu je pun yg mampoo untok menampong bajet…mne cukop nk tampong bli bende lain produksi cenggini…kawen, gaduh je yg murah…xyh guna kos byk sgt…
AIR MUKA AIMAN…..MACHO..HENSEM SEBAB TU SELALU DPT WATAK MAT JIWANG JE………TAPI BOLEH GAK CUBA WATAK PERAGOT WAN MAIMUNAH………BOLEH KE…….STILL NAMPAK PERAGOT HENSEM…….
bosan tgk crite melayu…
I agree with you aiman. Tak creative langsung haisss.
Kalu isu politik, kena buat cam Tandas Putra baru boleh lulus. Kalu polis kena jadi cam Gerak Khas, Buat citer yg pelik2 kena tapis byk2. So itu aje le Aimann…Aiman jangan kisah le sgtttt..
setuju sangat dengan luahan hati aiman. Balik2 cerita nak kahwin. Bosan juga. Kadang2 anak2 muda tengok cerita macam ni malu jugak mak bapak. Pegang sana sini tanpa segan silu. Tak kan lah masyarakat melayu ni semundur tu. Kita duduk di kampung pun, famili2 disini tak kisah pun anak perempuan atau anak lelaki mereka lanjut usia tak kahwin. Tiada pun yang mendesak. We are more advanced in mentality than this. Penduduk di desa kini lebih focus kepada kecermerlangan anak2 dalam bidang pendidekan dan ramai anak2 mereka sudah berjaya, pergi keluar negeri melanjutkan pelajaran tajaan kerajaan dan ramai sudah mencapai kejayaan dari segi karier dan berkahwin dengan pasangan2 yang bertaraf pendidekan sesama mereka. Jadi sudah tiba masanya drama2 melayu berfikir thema lain selain kahwin .. umpamanya fokus kepada cabaran dalam hidup, survival, matlamat success dalam hidup, bagaimane manusia boleh mengatasi kesusahan hidup, orang belia menceburi perniagaan, kepentingan berpendidekan tinggi, anak yang berguna kepada keluarga dan masyarakat dan banyak lagi yang boleh mengajar orang menjadi gigih dan berjaya dalam hidup.
Xyah blakon lah aiman….