Aidil Aziz Tak Kisah Fasha Sandha Gemuk
Pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa syukur suaminya, pelakon Aidil Aziz sentiasa menerima keadaan dirinya yang kini sedikit berisi.
Kata Fasha lagi, suaminya tidak pernah paksa untuk kurus kerana apa yang penting dirinya sihat dan mereka saling menerima kekurangan masing-masing.
BACA: Tak Selesa Rambut Warna Perang, Fasha Sandha Malu Nak Keluar Rumah
“Aidil tak boleh jadi personal trainer saya sebab nanti saya akan jadi manja. Tapi dia seorang suami yang sangat menerima kekurangan saya.
“Walaupun saya cakap rasa diri gemuk, dia tak pernah paksa saya untuk kurus. Pada dia, tak penting pun kurus asalkan saya sihat. Dia pun tak pernah pandang rendah terhadap saya. Kami saling terima kekurangan masing-masing,” katanya.
Fasha berkata selepas melahirkan anak ketiganya, Aisha Amaira dia mengambil masa yang lama untuk turunkan berat badan.
“Selepas saya bersalin, memang ambil masa agak lama nak turun berat badan walaupun jaga makan sebab saya menyusukan anak.
“Tak boleh nak diet terlalu ketat sebab bimbang susu akan jadi kering. Sebab itu saya tak paksa diri untuk diet keterlaluan,” katanya.
Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz pada Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Aisha Amaira Mohd Aidil.
Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.
- SUMBER
- mStar Online
Nk ckp apa lg..berani ke ckp awak kisah…
Abistu kalau badan tu nk gemuk jugak xkan nk becerai berai pulak..terima aje la..
HUDOH betul tengok dok piggyback tu!
Nak tunjuk `pasangan yang manja’ tapi cuma perbodohkan diri dan imej aje.
Kena faham yang dia kata tu. Sebenarnya cuba nak dapat pujian dari yang bingai: “Eh, tak gemuk lah setara tu! Sebenarnya amat ramping!”, kata si Bingai.
Beginilah jenis ngada-ngada di kalangan artis kita. Benda bodoh pun boleh buat post.