Pelakon Fasha Sandha mengakui kurang selesa dengan imejnya berambut perang apatah lagi pertama kali mewarnakan rambut dengan warna sedemikian.

Meskipun berat hati, namun Fasha berkata dia terpaksa melakukan demi menjayakan wataknya sebagai Hanim dalam drama Khilaf Asmara.

BACA: Netizen Kritik Rambut Perang Fasha Sandha

“Sejujurnya saya memang tak selesa dengan rambut berwarna sebegini. Tapi memandangkan ia untuk karakter, saya buat juga.

“Sebab ini juga daripada pengarah drama itu sendiri untuk potong dan warna rambut saya untuk nampak kelainan. Mereka nak nampak saya betul-betul lain,” katanya.

Dalam pada itu, Fasha berkata dia tidak kisah jika diminta untuk potong rambut, namun akur untuk mewarnakannya walaupun berat hati.

“Mula-mula memang tak boleh nak terima, saya jadi malu keluar rumah. Habis saja shooting, saya akan warnakan hitam semula,” katanya.