Semalam, terdapat laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah di’gam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima Berhad & tindakan gam ini khabarnya di’sebabkan oleh isu berkaitan politik.

BACA: Kerana Politik, Faizal Tahir Kena Gam Stesen Televisyen Popular?


Melalui GUA hari ini Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar tampil menafikan laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah di’gam oleh stesen televisyen di’bawah Media Prima.

“Siapa yang mainkan isu ini? Saya pun tidak tahu ada timbul cerita begini. Apa yang anda dengar itu tidak benar sama sekali”

“Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Faizal Tahir telah di’gam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima. Dia masih lagi artis naungan Monkey Bone. Orang di luar sana boleh buat sebarang spekulasi, tetapi saya nafikan perkara ini,” jelas Ahmad Izham Omar.

Sementara itu pengurus peribadi Faizal Tahir, Jeff Wai mengatakan yang penyanyi itu belum bersedia untuk membuat sebarang kenyataan & beliau sendiri tidak pasti sama ada laporan sebelum ini benar atau tidak.