fbpx

Ahmad Idham Bakal Ambil PhD Dalam Bidang Perfileman Di UUM

Senyap senyap sahaja pengarah & sutradara filem blockbuster Malaysia ini ingin melanjutkan pelajaran ke bidang yang lebih tinggi.

Kami bertemu mata di tayangan pra tonton Bini-Biniku Gangster malam tadi dan tiada pun berita baik ini keluar dari mulut Ahmad Idham sendiri. Mahu merendah diri mungkin.

MyArtis melaporkan yang Ahmad Idham bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perfileman di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang akan bertumpu kepada kajian berkaitan masalah industri perfileman Malaysia.

Pertamanya tahniah dari kami di Rotikaya HQ atas kesungguhan Ahmad Idham untuk menimba ilmu yang lebih mendalam walaupun sudah memiliki barisan filem dengan kutipan jutaan ringgit.

Ahmad Idham khabarnya akan turut menghadiri majlis penyampaian watikah kemasukkan pengajian PhD UUM yang akan berlangsung hari ini di Kuala Lumpur. All the best Ahmad Idham.