fbpx

Ahmad Dhani Umumkan Once Keluar Dewa 19, Serah Surat Minggu Lepas

Berita ini baru sahaja sampai melalui Twitter daripada Ahmad Dhani yang kini berada di’Malaysia.

KlubbKidd yang ada bersama Ahmad Dhani sempat mengambil gambar surat perletakan jawatan Once dari kumpulan Dewa 19.

Surat bertarikh 21 Oktober 2010 ini di’katakan hanya di’serahkan kepada Ahmad Dhani & ahli kumpulan lainnya minggu lepas.

Menurut KlubbKidd, berita pengunduran diri Once ini belum pun Ahmad Dhani atau mana-mana pihak umumkan di’Indonesia.

Ahmad Dhani bersama band anak beliau, The Lucky Laki kini berada i-City, Shah Alam untuk menjayakan Konsert Ria 2010 yang di’anjurkan oleh pihak Astro Ria.

Mereka, dan anda di’Malaysia adalah antara orang pertama yang tahu akan pengunduran vokalis ikonik kumpulan Dewa 19 sejak sekian lama ini.

Gambar surat perletakan jawatan Once dari kumpulan Dewa 19 selepas ini. Sebarang perkembangan tentang kisah ini akan kami bawakan terus kepada anda. Whoosh!

Sekali lagi, terima kasih kepada KlubbKidd atas berita sensasi ini. Ada tips? E-mailkan kepada kami atau hantar melalui Twitter @rotikaya.

Jika anda terlalu muda atau tidak pernah dengar suara unik Once sebagai vokalis Dewa 19, kami sertakan sebuah video muzik mereka dengan lagu ‘Larut’. Enjoice!