fbpx

Afiq Muiz: Saya Rela Mati Dari Hidup Disumpah Ibu Kandung

Tidak nampak sebenarnya sebarang jalan penyelesaian kalau pasangan ini terus mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir, yeah tanpa berfikir kami kira. Ini kenyataan terbaru dari Afiq Muiz kita.

Melalui Twitter beliau petang ini, Afiq Muiz seakan mengiyakan dakwaan yang beliau membuang ibu kandung sendiri selepas menulis yang beliau lebih rela mati dari hidup sebegini.

“Saya rela mati dari hidup disumpah ibu kandung sendiri. Terima kasih kerana menjatuhkan anak kandung sendiri dan menfitnah dan menghina hamba Allah,” tulis Afiq Muiz sekitar 3.11 petang tadi.

Sahabat wanitanya, Eina Azman juga hari ini mengeluarkan kenyataan pedas mengatakan yang ibu Afiq Muiz mungkin kurang siuman selain mahu meneruskan niat untuk menyaman wanita itu di mahkamah.

BACA: Eina Azman Teruskan Saman Terhadap Ibu Afiq Muiz

“Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan,” ujar Eina Azman.

Oh Tuhan.