fbpx

Afiq Muiz Akui Rapat Dengan Miera Liyana

Ketika ini, sering kelihatan Afiq Muiz memuatnaik gambar dirinya bersama dengan pelakon Miera Liyana di Instagram. Tidak mudah melatah, Afiq mengakui bahawa Miera merupakan rakan wanita paling rapat dengannya ketika ini.

BACA: Afiq Muiz Rancang Bawa Ibu Ke Mekah

“Setakat ini, Miera adalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya dan saya selesa bersamanya. Malah ibu saya juga menyenangi Miera. Namun, bila berbicara soal jodoh, ianya masih terlalu awal untuk ke peringkat yang lebih serius.

“Biarlah fokus saya dalam bidang kerjaya terlebih dahulu,” katanya. Menurut Afiq lagi, dia dan juga Miera mulai rapat setelah digandingkan dalam adaptasi, Memori Cinta Suraya selain mengakui rezekinya kini di dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah.

“Alhamdulillah, ada hikmahnya atas apa yang terjadi (perselisihan faham dengan ibu sendiri) dan kini saya berdiri tanpa memandang ke belakang lagi. Malah, jika dibandingkan dengan dahulu, hidup saya kini lebih tenang.

“Dari segi kerjaya pula, saya bersyukur kerana masih lagi diberikan rezeki dalam bidang ini. Malah, saya tidak menyangka masih ramai penerbit dan pengarah yang menghargai bakat dan kebolehan saya,” katanya kepada Sinar Harian. (rtky/s)