fbpx

“Afifah Nasir Wanita Terbaik Satu Dalam Sejuta”

Walaupun dilanda kontroversi isu karaoke bersama Aliff Aziz pada Ogos tahun lalu, hubungan pelakon Afifah Nasir bersama kekasih Wan Ariff masih bahagia dan terus kukuh.

Baru saja menyambut ulang tahun ketiga sebagai pasangan kekasih, Afifah memuat naik status bahawa dirinya kini lebih bahagia dan mengakui dia tidak akan menemui lelaki sebaik Wan Ariff.

“Banyak perkara nak dikatakan tentang lelaki istimewa ini. Terima kasih kerana mempercayai I dan sentiasa buatkan I rasa istimewa. Kita kongsikan semua perkara dan tidak pernah sekali I meragui you. You begitu matang mengendalikan sesuatu perkara dan I tidak akan menemui lelaki sebaik you.

Sementara itu, kekasih Afifah, Wan Ariff, turut memuat naik status serta gambar ulang tahun dan turut meluahkan rasa cintanya.

“Alhamdulillah kami mempunyai kekuatan untuk memaafkan satu sama lain. Dia wanita terbaik satu dalam sejuta dan saya bersyukur untuk memanggilnya pasangan saya.

Sumber: Cari Forum