fbpx

Afifah Nasir Kini Tunang Syed Hariz

Semalam, pelakon Afifah Nasir berkongsikan dia dilamar kekasih hati. Rupanya, pelakon itu selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Syed Hariz malam semalam.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh adiknya Nazira Nasir di Instagram pagi tadi serta menyifatkan majlis tersebut sangat indah dan penuh cinta.

BACA: Afifah Nasir Tak Hirau Rupa Parasnya Ketika Berlakon

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N.N.N (@nazirahnasir97)

Menerusi video di Instagram itu, Afifah dilihat cukup anggun mengenakan busana berwarna putih dan tunangnya segak mengenakan baju Melayu teluk belanga.

Nazira turut berkongsikan momen sekitar majlis berkenaan termasuk persiapan majlis pertunangan kakaknya itu.

Bagaimanapun, setakat ini Aifah masih belum berkongsikan gambar mengenai majlis pertunangannya itu.