fbpx

Afieq Shazwan Syukur Dapat Beli Honda Civic RS

Pelakon dan penyanyi Afieq Shazwan meluahkan rasa syukur apabila berjaya membeli sebuah kereta jenis Honda Civic RS.

Menurut jejaka berusia 24 tahun itu, tak perlu kereta mewah asalkan ianya cukup selesa buat ibunya. Ujarnya, dia sudah lama menyimpan hasrat membeli kereta baru hasil titik peluhnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFIEQ SHAZWAN (@afieq.shzwn)

“Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki saya dan ibu. Saya memang dah lama simpan hasrat untuk beli kereta baru. Ikutkan memang boleh saja pakai kereta yang selalu saya guna.

“Tapi memikirkan untuk keselesaan ibu dan kegunaan ibu, saya rasa dah tiba masa untuk beli kereta baru. Sekurang-kurangnya kereta saya sebelum ini ibu boleh guna untuk pergi pasar.

“Semua orang mempunyai impian untuk miliki kereta mewah tapi bagi saya, ini sudah mencukupi. Sesuai dengan imej dan penampilan saya,” katanya.

Menerusi Instagram, Afieq turut berkongsikan beberapa keping gambar bersama ibunya dan kereta barunya dianggarkan berharga RM125,000.

Dalam pada itu, Afieq turut teruja apabila dapat membawa ibunya berjalan ke Cameron Highland dengan kereta barunya itu.

“Sebaik saja ambil kereta baru semalam, saya terus ajak ibu berjalan-jalan di Cameron Highland. Kami pun tinggal berdua saja, kebetulan ada masa cuti boleh la bawa dia bercuti.

“Kesian juga dia duduk rumah saja. Saya pun selalu ada kerja dekat luar. Jadi, ada masa ini saya bawa la dia berjalan-jalan dengan menaiki kereta baru,” katanya.