fbpx

AF8: Aznil Hj Nawawi Bakal Duduki Kerusi Pengkritik Tetap?

Nampaknya semakin hampir Akademi Fantasia 8, semakin ramai nama besar dalam industri hiburan di’kaitkan.

Selepas barisan tenaga pengajar di’umukan & menyaksikan kehadiran Que Haidar yang kami nampak agak kurang sesuai, kini kerusi pengkritik tetap menjadi sebutan.

Pengkritik tetap merupakan antara elemen terpenting dalam ramuan cliche Akademi Fantasia untuk menarik ribuan penonton saban minggu.

Berita yang belum sahih kami terima menyebut bekas pengacara Akademi Fantasia, Aznil Hj Nawawi bakal menduduki posisi tersebut.

Jika benar pengacara riang & berjiwa muda ini menjadi pengkritik tetap, maka kami ada sebab untuk tonton Akademi Fantasia 8.

Mungkin kita boleh tonton Aznil Hj Nawawi dalam keadaan lebih serius & jujur dalam menilai persembahan perserta AF8 nanti. Kita nantikan.