Kepada peminat Akademi Fantasia yang mahukan perubahan kerusi panas pengacara, ini ada satu berita baik.


Rabu lalu, dalam satu kenyataan tidka rasmi AC Mizal melalui Facebook, beliau meluahkan hasrat untuk tidak menjadi pengacara Akademi Fantasia musim ke-8.

AC Mizal yang memang di’akui oleh ramai pihak gagal menyaingi persona Aznil Hj Nawawi antara calon di’sebut-sebut untuk terus menjadi pengacara program realiti terbitan Astro ini.

Namun, AC Mizal yang kini sedang giat menjalankan perniagaan melalui AC Konsortium Sdn Bhd telah tekad meninggalkan Akademi Fantasia.

Dalam kenyataan yang sama juga, AC Mizal menyebut yang beliau sudah tiada apa untuk di’buktikan di Akademi Fantasia & ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perniagaan.


Kini, antara nama yang di’sebut-sebut sebagai pengganti AC Mizal adalah Sarimah Ibrahim, Reza Mohamad & Aznil Hj Nawawi sendiri.

Siapa pun yang menjadi pengacara AF8 nanti, pasti satu tugas besar mengembalikan keceriaan Akademi Fantasia harus di’laksanakan.