fbpx

Aeril Zafril Berlakon Disamping Christina Ricci & Sharon Stone

Aktor Aeril Zafril mengesahkan bahawa dia berlakon disamping pelakon Hollywood Christina Ricci dan juga Sharon Stone.

Namun begitu aktor yang berusia 26 tahun ini masih belum dapat menceritakan lebih lanjut mengenai filem tersebut kerana masih di dalam proses pembikinan dan pada masa yang sama terikat dengan pihak produser.

“Seorang kenalan saya di London meminta saya menghantar profil kerjaya saya pada tahun lalu dan tidak lama kemudian pihak produser terus menghubungi saya kerana mendapati saya menepati kriteria lelaki Asia yang mereka cari untuk watak itu.

“Pembikinan filem itu masih berlangsung di London namun tidak banyak boleh saya

levitra without perscription
perkatakan di sini kerana saya terikat dengan perjanjian dengan pihak produser,” katanya.

Dalam pada itu, Aeril turut mengakui gambar seorang lelaki di samping Christina adalah dirinya dan ia dipetik daripada satu video muzik lagu tema filem romantik itu.