fbpx

Aeril Zafrel Termenung Bil Cecah RM10,000 Makan Stik Mewah Salt Bae

Perkongsian pelakon Aeril Zafrel menjadi perhatian ramai memaparkan sedang menikmati hidangan stik di restoran mewah milik tukang masak terkenal, Salt Bae ketika bercuti di London, United Kingdom.

Menerusi video itu, Aeril bersama isterinya serta beberapa rakan lain termasuk selebriti Raf Yaakob dan Mawar Rashid menikmati hidangan tersebut.

BACA: Konon Tolak Isteri Jatuh Bot, Aeril Zafrel Didakwa Persenda Kematian Tangmo?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aeril Zafrel (@aeril_zafrel)

Aeril turut berkongsikan aksi tukang masak popular itu menyediakan daging istimewa dengan skil menabur garam yang sememangnya merupakan ‘trademark’ Salt Bae.

Namun, apa yang menjadi bualan Aeril dilihat hanya mampu mengangguk-angguk kepalanya selepas menerima jumlah harga makanan tersebut mencecah RM10,065.

Aeril turut berseloroh mengatakan dengan menulis kapsyen selepas ini jika mahu makan pastikan tengok harga terlebih dahulu.

Diruangan komen rata-rata netizen terkejut dengan harga hidangan berkenaan seolah boleh digunakan untuk makan selama setahun.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan harga tersebut sememangnya berbaloi dengan kelazatan hidangan berkenaan ditambah ianya dihidangkan oleh Salt Bae yang sememangnya dikenali dunia.