fbpx

Aeril Zafrel Nak Menangis Wawa Zainal Paksa Potong Rambut

Baru-baru ini, pelakon Wawa Zainal ada berkongsikan video memaparkan suaminya, Aeril Zafrel yang sedang digunting rambutnya.

Menurut Wawa, dia meletakkan syarat supaya suaminya memotong rambut jika mahu membeli sebuah motosikal baru. Kata Wawa lagi, Aeril seperti mahu menangis kerana terpaksa memotong rambut.

BACA: Dua Bulan Haid Tak Henti, Wawa Zainal Buang Alat Cegah Hamil

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®? (@w4w4_zainal)

“Kita hari ini, tengah gunting rambut Aeril. Nak menangis sebab kena potong rambut hari ini. Dia nak beli motorsikal sebenarnya.

“Jadi Wawa cakap dengan dia, kalau nak beli boleh tapi kena potong rambut. Barulah handsome kacak bergaya,” katanya.

Dalam pada itu, Wawa berkata dia rasa serba salah dan bertanyakan kepada pengikutnya adakah dia berdosa memaksa suaminya memotong rambut.

“Berdosakah Wawa paksa suami lepaskan salah satu benda yang paling dia sayang. Korang rasa? Tibe rasa bersalah,” tulisnya.

Perkongsian Wawa menjadi perhatian ramai netizen yang mengatakan Aeril lebih kacak dan kemas apabila berambut pendek.