fbpx

Bagi peminat tegar telefon pintar anda pastinya akan selidik sehabis mugkin sesebuah telefon sebelum membelinya. Kami percaya situasi sebegini akan terjadi pada anda. Tetapi dengan Redmi Note 8 Pro ini anda tak perlu risau lagi. Hampir keseluruhan kelebihan yang anda mahu ada pada Redmi Note 8 Pro. Malah lebih banyak peningkatan kecanggihan. Soal harga, jangan bimbang, harga masih murah!

Tak percayakan, harga sama tapi lebih canggih dan lebih WOW. Ini antara buktinya jom layan.

1. Sistem Penyimpanan Yang Lebih Wow

Ha, bagi yang gemar muat turun game atau sebarang aplikasi yang banyak tu, anda harus mempunyai sistem penyimpanan yang besar seperti Redmi Note 8 Pro.

Jika anda miliki Redmi Note 8 Pro anda boleh muat turun apa sahaja aplikasi tanpa risaukan storage akan penuh. Ini semua gara-gara Redmi Note 8 Pro dilengkapi dengan memori lebih 6GB RAM, storan sehingga 128GB.

Jika nak dibandingkan dengan Redmi Note 8 yang hanya mempunyai keluasan memori sebanyak 4GB RAM dan 128GB ROM sahaja.

2. Bateri Sebesar 4500 mAh

Sistem pengecasan Redmi Note 8 Pro ini mampu buatkan anda say bye-bye kepada power bank anda. Bateri sebesar 4500 mAh ini sudah mampu bertahan lebih pada sehari. Ternyata telefon pintar Redmi Note 8 Pro ini lebih awesome jika nak dibandingkan telefon pintar yang lain.

Lebih menarik lagi telefon pintar Redmi Note 8 Pro ini menggunakan fast charging 18W. Anda sudah tak perlu tunggu lama semasa pengecasan untuk pastikan bateri telefon anda penuh.

3. Kuasa Kamera Yang Lebih Canggih Dengan 64MP Quad Kamera

Kuasa kamera Redmi Note 8 Pro yang bakal menjadi kegilaan anda ini sangat hebat dan best untuk anda tangkap berapa banyak gambar OOTD anda. Mana tidaknya telefon pintar Redmi Note 8 Pro ini dihadiri dengan empat kamera belakang yang terdiri daripada kamera ultrawide 8 MP, kamera makro 2 MP, kamera depth sensor 2MP, dan kamera utama 64MP. Kamera 64MP ini menggunakan sensor Samsung.

Redmi Note 8 Pro juga dilengkapi dengan kamera selfie 20 MP. Kamera selfie Redmi Noted 8 Pro ini lengkap dengan kuasa HDR dan panorama serta mampu merakan video sehingga 1080p 30fps.

4. Bentuk Yang Lebih Elegen Dengan Kecanggihan Yang Awesome

Terminator dark fate kini pawagam

Menariknya kali ini, Redmi Note 8 Pro yang dikuasakan dengan sistem prosesan Android 9.0 (Pie) MIUI 10 ini hadir dengan bentuk yang lebih menawan dan lebih trendy mengikut citarasa pengguna. Yang paling best bahagian depan dan belakang telefon pintar ini diperbuat daripada gorilla glass 5 yang lebih tahan lama dan dilengkapi dengan 500 nits max brightness dan kuasa HDR.

5. Paparan Yang Lebih Luas Dan Selesa

Peminat movie anda pasti akan jatuh cinta dengan paparan skrin Redmi Note 8 Pro yang dilengkapi skrin 6.53 IPS LCD dengan keluasan sebesar 84.9%.

Redmi Note 8 Pro ini juga dijana oleh MediaTek Helio G90T yang membolehkan kaki game bermain sepuas hati dan lebih laju berbanding dahulu.

Anda jangan tak tahu, Master Ramen juga menggunakan Redmi Note 8 Pro untuk bermain permainan PUBG dan hasilnya keputusannya meletop!

Selain, Master Ramen ramai juga yang menggunakan Redmi Note 8 Pro untuk lengkapkan lagi gaya harian mereka. Antaranya Galdish Chan yang jatuh cinta dengan kuasa kamera Redmi Note 8 Pro.


6. Sistem Audio Yang Sedap Didengar

Lepas ini anda dah tak perlu risau bila tiba masa untuk cakap telefon dengan boyfriend atau girlfriend anda. Sistem audio Redmi Note 8 Pro ini menggunakan pembesar suara yang lebih kuat dengan ciri pembersihan auto. Best kan?

7. Harga Tetap Murah

Semua kecanggihan yang anda mahukan ada pada telefon pintar Redmi Note 8 Pro yang lebih awesome. Yang pastinya harga masih murah meskipun banyak kecanggihan telah dipertingkatkan. Jika anda masih tak percaya Redmi Note 8 hanya bermula dari harga RM599 manakala Redmi Note 8 Pro pun masih dijual dengan harga yang masih murah iaitu bermula dari RM1099.

Menarik kan? Telefon lebih canggih dari dulu tetapi harga sama. Ini yang ramai penggemar gadjet nanti-nantikan. Jadi apa tunggu lagi, jangan lepas peluang untuk dapatkan telefon pintar Redmi Note 8 Pro ini sekarang.

Maklumat lanjut layari laman rasmi ini. Manakala untuk pembelian telefon pintar ini anda boleh terus terjah Lazada, Shoppe mahupun Mi Store.