fbpx

ADV: Saksikan Siti Nurhaliza Sebagai Tetamu Bukan Empat Mata Di Astro 141

Jika beberapa minggu lalu, Amy Search menjadi selebriti pertama Malaysia untuk program Bukan Empat Mata — minggu ini giliran Dato’ Siti Nurhaliza.

Kepada yang kurang tahu, Bukan Empat Mata merupakan sebuah rancangan bual bicara kelolaan Tukul Arwana yang begitu sinonim dengan peminat hiburan Indonesia.

Untuk episod bersama Siti Nurhaliza kali ini, diva Malaysia ini tidak keseorangan kerana Kris Dayanti & Acha Septriasa hadir menemani beliau sepanjang sessi temubual bersama hos program ini, Tukul Arwana.

Menerusi episod Bukan Empat Mata kali ini, Siti Nurhaliza bakal berkongsi suka duka beliau sebagai anak seni yang tidak dapat di’lupakan dari memori.

Episod Bukan Empat Mata khas bersama Siti Nurhaliza akan bersiaran malam ini di Astro saluran 141 jam 9 malam. Jika terlepas, ulangan adalah pada Sabtu ini — jam 8.30 malam & 1 pagi.

Pastikan anda mula melanggan pakej Indopek Astro yang menawarkan dua saluran sensasi hiburan Indonesia sepanjang hari — Bintang 141 & Pelangi 142. Hanya untuk RM12 sebulan.