fbpx

ADV: Penamat Konsert Fenomena 30 Tahun Search Di Mines Resort City, KL

Anda terlepas dua konsert Search sebelum ini? Sesungguh’nya anda belum dalam kerugian kerana konsert terakhir masih ada.

Selepas berjaya gegarkan peminat mereka di Pulau Pinang & Johor, Search bersedia untuk beraksi memberikan yang terbaik sekali lagi di Kuala Lumpur.

Kemuncak Konsert Fenomena 30 Tahun Search ini bakal berlangsung di’lokasi baru iaitu Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Mines Resort City.

Pertukaran lokasi ini adalah kerana pihak penganjur telah menerima amaran hujan lebat & kemungkinan ribut di’lokasi asal iaitu Padang Astaka, Petaling Jaya — heh, lokasi baru ini lebih selesa kerana tertutup & berhawa dingin dengan produksi berkualiti.

Video di’atas adalah suasana meriah ketika Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 19 November lalu yang merupakan siri pertama.

Konsert yang kemudian’nya bergerak ke Stadium Larkin, Johor Bahru tetap meninggalkan memori indah buat mereka yang hadir dengan dendangan barisan lagu berhantu Search seperti Isabella & Mentari Merah Di Ufuk Timur.

30 tahun bukan datang dua kali dan ini peluang terakhir anda untuk bersama sama ribuan peminat lain merasai fenomena Search yang telah melanda Malaysia sejak sekian lama.

Belum dapatkan tiket? Tiket berharga RM69 boleh di’dapati melalui Ticket Hotline atau stesen PETRONAS terpilih. Maklumat lanjut Facebook rasmi Konsert Fenomena 30 Tahun Search.

Dan dengan setiap pembelian tiket Konsert Fenomena 30 Tahun Search ini, anda akan menerima sehelai t-shirt eksklusif bersama minuman percuma dari para penaja Lipton Ice Tea & Red Bull.