fbpx

ADV: Konsert Fenomena 30 Tahun Search Bakal Bergerak Ke Dua Lokasi Lagi

Bagaimana dengan Konsert Fenomena 30 Tahun Search di Pulau Pinang pada 19 November tempoh hari? Puas hati?

Peminat kumpulan lagenda Search di’kawasan lain tidak perlu cemburu kerana masih ada dua lokasi untuk konsert paling gah penamat tahun 2011 ini.

Search akan bergerak ke Johor Bahru pada 3 Disember ini dan seterusnya destinasi terakhir di Kuala Lumpur pada 17 Disember sebagai penutup jelajah Konsert Fenomena 30 Tahun Search.

Kenapa kami katakan konsert jelajah ini gah? Bukan sekadar persembahan yang di’jamin berkualiti tetapi juga peminat bertuah di’setiap lokasi akan menerima sebuah kereta Perodua Viva — tiga kesemuanya. Awesome isn’t it?

Menariknya, Konsert Fenomena 30 Tahun Search bakal di’serikan dengan kemunculan persembahan iringan Pesawat, Bittersweet, Projek Pistol, Koffin Kanser, dan Sofea. Juga penampilan khas barisan selebriti Raja Lawak Angah, Jepp, Nabil & Johan.

Belum dapatkan tiket? Tiket berharga RM59 untuk Johor Bahru & RM69 untuk Kuala Lumpur boleh di’dapati melalui Ticket Hotline atau stesen PETRONAS terpilih.

Dan dengan setiap pembelian tiket Konsert Fenomena 30 Tahun Search ini, anda akan menerima sehelai t-shirt eksklusif bersama minuman percuma dari para penaja Lipton Ice Tea & Red Bull.