fbpx

ADV: Konsert Fenomena 30 Tahun Hadiah Search Untuk Peminat Setia

Siapa yang tidak pernah dengar akan nama kumpulan Search yang telah bertapak 30 tahun dalam industri hiburan Malaysia — lebih lama dari tempoh kami hidup di’atas muka bumi ini.

Kami mula mengenali nama kumpulan Search ketika berada di sekolah rendah & di’perkenalkan oleh ayah kami sendiri — dengan pemain kaset dalam kereta, masih ingat?

Kami masih ingat lagi ayah kami yang berjiwa muda ketika itu sangat suka mainkan album Search berjudul Fenomena yang sudah hampir 10 tahun keluar ketika itu.

Lagu berjudul Isabella memang sesuatu yang wajib untuk di’dengar setiap hari ketika menghantar kami ke sekolah setiap hari. Tetapi, tidak pernah kami ke konsert live Search — maklum’lah duduk di’kampung.

Namun pengumuman beberapa minggu lalu akan adanya Konsert Fenomena 30 Tahun Search merupakan sesuatu yang kami tunggu untuk mengembalikan memori sekolah rendah kami bersama ayah tercinta.

Konsert Fenomena 30 Tahun Search akan berlangsung sepanjang hujung tahun ini di tiga lokasi berbeza iaitu Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang (19 November), Stadium Larkin, Johor Bahru (3 Disember) dan berakhir di Padang Astaka, PJ (17 Disember).

Tiket untuk konsert ini berharga RM59 untuk lokasi Pulau Pinang & Johor Bahru manakala RM69 untuk lokasi Kuala Lumpur.

Berminat? Anda boleh dapatkan tiket di stesen PETRONAS terpilih seluruh Malaysia atau mendapatkan secara online di Ticket Hotline. Kalau bermurah hati, beli dua untuk kami sekali. Heh.