fbpx

ADV: Jom Sertai Lisa Surihani Dalam Aktiviti Sihat Sofy 360 Minggu Hadapan

Berapa ramai antara anda yang rajin bangun pagi hujung minggu sebegini untuk bersenam & amalkan gaya hidup?

Tidak untuk kami, tidur itu nikmat Tuhan paling indah — selepas chicken wings & ais krim Magnum.

Minggu hadapan, walaupun tidak perlu untuk bangun awal pagi, anda ada sebab untuk mula amalkan gaya hidup aktif yang bakal di’anjurkan oleh Sofy 360.

Kempen terbaru Sofy 360, Hari Aktif Di Luar Ritmo Zum akan menampilkan pelakon terkenal Lisa Surihani yang bakal tampil menari bersama para peminat mengikut rentak Ritmo Zum — satu aktiviti sihat yang semakin popular di’Malaysia.

Aktiviti ini akan mengambil tempat di Piazza, The Curve pada 20 November 2011 ini dan Lisa Surihani akan bersama sama memulakan aktiviti sihat ini bersama pada jam 4 petang.

Jangan malu & jangan segan kerana bukan selalu peluang bersenam bersama Lisa Surihani datang bergolek sebegini. Lagi gambar Lisa Surihani ketika rehearsal baru baru ini. Enjoice!