fbpx

Aduh, Tangkap Jiwa Betul Lagu OST Filem Pinjamkan Hatiku!

Jarang sekali kita dengar Ayda Jebat nyanyi lagu rentak slow ballad bukan? Namun untuk OST Pinjamkan Hatiku, Ayda cabar dirinya untuk nyanyikan lagu genre sebegini.

BACA: Kerana Filem Pinjam Hatiku, Ayda jebat Nekad Kurus

Tidak perlu dipertikaikan lagi, Ayda memang seorang yang versatile dan berbakat. Nyanyian duet bersama Adi Priyo (6ix Sense) dalam lagu ini memang menusuk kalbu!

Cinematography untuk video ini juga sangat bagus dan tidak mengecewakan. Cukup sempurna dan nampak berbeza sungguh!

Malah video klip ini juga punyai mesej yang mendalam dan tersendiri. Tak percaya? Jom tonton sendiri lagu OST Pinjamkan Hatiku

Nah ini dia beberapa gambar behind the scene sepanjang video klip ini dirakamkan. Seriously kami terpukau betul dengan kecantikan Ayda Jebat yang sentiasa nampak cantik!