Siapa di sini yang senasib dengan Spider Man? Nak menikmati percutian yang indah-indah pun still kena kerja.
Jika ya anda merupakan golongan yang sama nasib seperti Spider Man menerusi filem terbarunya iaitu Spider Man: Far From Home yang bakal ditayangkan pada 3 Julai ini.
Mengapa kami berkata begitu adalah kerana menerusi jalan cerita Spider Man: Far Form Home ini mengisahkan kehidupan Peter Parker lakonan Tom Holland yang sedang menikmati rombongan percutian bersama rakan sekelasnya, namun dalam pada masa yang sama ia mendapat tugasan yang berat untuk dilaksanakan.
Peter Parker bersama rakannya ke Eropah dan semasa Peter di sana, Nick Fury meminta Peter untuk menyertai misi yang memerlukannya untuk bekerjasama dengan Quentin Beck, juga dikenali sebagai Mysterio.
Mysterio adalah seorang pakar muslihat yang mendakwa dirinya dari Bumi parallel dalam Multiverse. Mereka perlu bekerjasama untuk melawan manusia-manusia dimensi yang luar biasa dikenali sebagai Elementals.
Filem lakonan hebat oleh Michael Keaton, Jon Favreau, Zendaya, Marisa Tomei, Jake Gyllenhaal, Cobie Smulders, Samuel L. Jackson ternyata akan buat anda terkaku dengan jalan cerita yang ingin disampaikan oleh mereka.
Yang paling buat anda terkaku sekali adalah sut terbaru yang akan dikenakan oleh Peter, dimana keselurahan sutnya berwarna hitam. Memang lain dari lain lah.
Lagi-lagi filem arahan Jon Watts confirm akan buat anda jatuh hati punya lah. Selebihnya anda bolehlah terjah sendiri ke pawagam yang berdekatan anda mulai 3 Julai ini.
Jika kami cerita semuanya, tak best lah. Nak tahu endingnya anda perlulah tonton sendiri kan! Jangan lupa save the date.