fbpx

Komposer Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia

Takziah kami ucapkan kepada keluarga komposer terkenal, Datuk Adnan Abu Hassan, 57, yang telah meninggal dunia tengah malam tadi selepas dilaporkan kritikal di Hospital Selayang, di sini kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang berfungsi.

Jenazah Adnan akan disembayangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.

Sebelum ini, beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Memetik laporan BH Online, Sebelum ini, arwah pernah menaikkan nama penyanyi seperti Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan juga Liza Hanim. Malah namanya juga turut dikenali menerusi karyanya yang meraih pengiktirafan termasuk Teratai Layu Di Tasik Madu, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta serta Puncak Kasih.