fbpx

Adira Hamil Lagi, Datuk Red Bakal Dapat Anak Ke-8

Selepas setahun menimang anak pertama yang diberi nama Anggerik, penyanyi Adira Suhaimi kini hamil anak kedua dan usia kandungan sudah masuk lima bulan. Perkara tersebut disahkan oleh suaminya sendiri, Datuk Seri Adnan Abu.

Menurut Datuk Red yang bakal menimang anak ke-8 itu, Adira dijangka bersalin pada September depan.

BACA: Suami Adira Beri Nasihat Buat Ude

“Alhamdulillah, rezeki Allah. Adira hamil lima bulan anak kedua kami. Kalau ikutkan anak ke lapan sayalah. Kira tahun ini saya dapat dua cahaya mata daripada isteri pertama dan kedua,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Adnan lagi, dia sememangnya berhasrat untuk mempunyai ramai anak dan impikan 20 orang cahaya mata.

“Saya suka anak ramai sekarang hendak masuk lapan orang, lagi 12 oranglah kalau diberi rezeki,” ujarnya.

Adira yang merupakan isteri kedua, mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red di Songkhla, Thailand pada Disember 2015. Isteri pertamanya pula Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali Datin Red mempunyai empat orang cahaya mata.