fbpx

Tahniah dicapkan kepada personaliti media sosial yang juga adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Athisha Khan yang berjaya menamatkan pengajian di United Kingdom.

Menerusi perkongsian di Instagram, Athisha berkongsikan gambar memakai jubah konvokesyen dalam majlis serba ringkas di rumah bersama keluarga.

BACA: “Cantiknya Athisha, Harap Tak Jadi Macam Neelofa”

Difahamkan gadis berusia 23 tahun itu merupakan graduan undang-undang perniagaan di University of Birmingham, United Kingdom.

Dalam beberapa perkongsian lain, Athisha turut menzahirkan penghargaan buat kedua ibu bapanya, Datuk Abdul Halim Khan dan Datin Noor Kartini di atas sokongan mereka selama ini sepanjang pengajian.

Perkongsian Athisha itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah kepadanya.