Penyanyi Shila Amzah menafikan dia menghalau ibu serta adik beradiknya dari rumah banglo yang didiami keluarganya selepas dikatakan mahu menjual rumah berkenaan.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Memetik Harian Metro, Shila berkata rumah tersebut adalah dibawah namanya dan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana mahu mencari rumah yang lebih selesa.
BACA: Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?
“Rumah yang keluarga saya tinggal itu nama saya.. Jangan risau, tiada siapa halau keluarga. Saya kini pikul tanggungjawab menjadi ketua keluarga, saya nak jual rumah itu supaya saya boleh beli rumah yang lebih baik untuk mereka.
“Rumah itu penuh dengan elemen-elemen kehidupan lalu yang tak elok, dengan kisah silam mungkin kita tak nak ingat. Bila ibu bapa bercerai, rumah itu ada kenangan yang tak menarik,” katanya.
Sementara itu, Shila berkata rumah tersebut sangat besar dan hanya lima orang sahaja tinggal di rumah berkenaan serta tiada pembantu rumah untuk menguruskannya.
“Rumah sekarang sangat besar, 9,000 kaki persegi yang dilengkapi tujuh bilik… kereta boleh masuk 10 biji dan ada tiga rumah kucing.
“Orang yang tinggal pula hanya lima orang. Tiada orang gaji yang boleh menguruskan rumah itu. Jadi takkanlah saya nak biarkan, rumah itu kusam je,” katanya.
Kata Shila lagi, dia akan mencari rumah sewa yang lebih selesa buat keluarganya jenis kondominium yang lebih mudah untuk diuruskan.
Dalam pada itu, Shila menegaskan dia terpaksa menggunakan kuasa veto memandangkan dia kini bertindak sebagai ketua keluarga serta mempersoalkan mengapa dirinya dilihat bersalah sedangkan mahu yang terbaik buat keluarga.
“Benda ni sangat jelas. Tidak ada salah faham. Tak ada peringkat nak berbincang antara kami sebab saya dah buat kuasa veto. Saya cakap nak jual sebab orang yang nak menguruskannya itu muka ini.
“Kenapa saya yang bersalah sedangkan saya nak bagi yang terbaik untuk keluarga saya. Orang kat luar sana mungkin ingat saya ini anak tak bertanggungjawab, tapi bila dalam rumah ini tak ada yang boleh buat keputusan secara dewasa.
“Jadi kitalah terpaksa buat keputusan. Saya dah jadi ketua keluarga sebab tak ada orang nak pikul tanggungjawab ini. Pada saya daripada biarkan rumah itu teruk tak dijaga, lebih baik jual. Tapi masing-masing cuba pamerkan saya yang yang jahat,” katanya.