Terkilan dengan kenyataan seorang netizen yang melabelkan artis di Malaysia tidak berkualiti dan tiada maruah, Adibah Noor bertindak menyelar tindakan individu berkenaan yang disifatkan sangat melampau.
Menurut Adibah, sekiranya netizen tersebut berfikiran sedemikian maka selepas ini tidak perlulah berurusan dengan golongan artis sekiranya memerlukan bantuan mereka atau derma di masa akan datang.
BACA: Adibah Noor Kecam Erra Fazira ‘Body Shaming’ Peserta ICSYV Malaysia?
Menerusi status yang dikongsikan oleh Adibah, netizen berkenaan meluahkan rasa menyampah dengan artis Malaysia serta mengkritik drama di Malaysia tidak berkualiti serta menyifatkan artis tanah air semuanya bodoh.
Perkongsian Adibah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta supaya Adibah bersabar dan tidak mengendahkan kenyataan individu tersebut. Kata netizen lagi, ramai artis sekarang dibenci tetapi ramai yang menyayangi Adibah Noor.
Baru sahaja reda ‘peperangan’ antara beberapa artis dan netizen susulan isu meminta dana khas untuk penggiat seni. Diharap netizen pun janganlah asyik nak menghentam para artis sahaja, banyak lagi isu perlu diberi perhatian.